Massimiliano Allegri kecewa dengan kegagalan Juventus untuk mempamerkan persembahan yang ampuh apabila tewas 3-0 kepada Barcelona dalam aksi pembukaan Kumpuan D di Nou Camp.
Musim lalu, Juve berjaya menewaskan Barcelona 3-0 dalam suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) tetapi mereka gagal mengulangi pencapaian tersebut, sekaligus tewas dalam aksi awal pagi tadi.
Jaringan yang mantap daripada Lionel Messi memberikan kelebihan kepada pasukan tuan rumah pada penghujung babak pertama sebelum dia menambah bilangan gol selepas perlawanan bersambung,
Messi turut melakukan umpanan bagi jaringan Ivan Rakitic, sekaligus menewaskan Juventus yang tanpa tonggak utama, Giorgio Chiellini, yang direhatkan akibat kecederaan.
"Kami bermain dengan baik pada separuh masa pertama tetapi dalam perlawanan sebegini, anda perlu mengambil peluang sebaik mungkin," kata Allegri.
"Kami gagal melakukannya dan telah dihukum pada penghujung babak pertama. Ironinya, kami bolos tiga gol daripada serangan balas tetapi ia adalah satu kesilapan kami kerana gagal untuk mengekang percubaan mereka.
"Sememangnya, mereka memiliki pemain yang boleh mengubah keputusan perlawanan tetapi kami perlu bermain dengan lebih cemerlang pada separuh masa kedua.
"Jika kamu memberikan ruang kepada Messi, dia akan menghukum kamu."