Skip to main content

Bola Sepak

Alhamdulillah, satu lagi -- TMJ

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jdt.jpg
Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, memanjatkan rasa syukur selepas Harimau Selatan berhasil mempertahankan Piala Sultan Haji Ahmad Shah dalam Perlawanan Sumbangsih menentang Selangor di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri malam tadi.

JDT menjulang piala berkenaan buat kali ke-10, yang merupakan kali kelapan berturut-turut, selepas mencatatkan kemenangan 3-0 hasil jaringan Jairo da Silva, Eddy Israfilov dan Arif Aiman Hanapi.

Kemenangan itu juga menyaksikan JDT meraih tiga mata pertama bagi saingan Liga Super musim ini.

"Alhamdulillah, satu lagi," tulis TMJ dalam satu kiriman media sosial selepas kemenangan itu.
 
JDT seterusnya akan menghadapi Negeri Sembilan bagi perlawanan kedua Liga Super di venue sama pada Selasa ini.
 

Advertisement

Must Watch Video