Deportivo Alaves telah memecat ketua jurulatih, Luis Zubeldia, ekoran kelab itu menghuni kedudukan tercorot LaLiga selepas empat perlawanan.
Zubeldia dinamakan sebagai pengganti kepada Mauricio Pellegrino yang berhijrah ke Southampton pada awal musim, namun skuad kendaliannya memulakan aksi musim ini dengan hambar.
Bekas pengendali Independiente Medellin itu meninggalkan Alaves selepas tewas empat perlawanan di samping gagal mencetak sebarang gol -- menyamai nasib yang dialami Crystal Palace dalam Liga Perdana Inggeris yang turut bertindak memecat Frank de Boer, minggu lalu.
Bekas pengendali Middlesbrough dan pembantu jurulatih Real Madrid, Aitor Karanka, kini disebut-sebut sebagai pengganti.