Pengendali PKNP FC, Abu Bakar Fadzim, berterima kasih kepada anak didiknya di atas semangat juang yang dipamerkan sehingga berjaya memperbaiki kedudukan dalam Liga Super apabila berjaya menjinakkan Kuala Lumpur 2-1 di Stadium Negeri, Batu Kawan, Pulau Pinang, semalam.
Lebih membanggakan bagi Abu Bakar adalah aturan taktikal kali ini disempurna dan digalas dengan baik oleh muka-muka baru yang diberi kepercayaan apabila diturunkan.
"Bersyukur mendapat tiga mata penting untuk meneruskan saingan sengit dan memperbaiki posisi dlm kedudukan liga. Kredit untuk pemain yg berjuang habis-habisan untuk mengutip mata penuh dan
memperbaiki kedudukan walaupun berada dalam tekanan tinggi apabila kami berada dalam posisi dua terbawah," ujarnya.
"Cabaran saya kepada pemain ialah mencari kemenangan dan memberi tekanan kepada pasukan KL. Tiga pemain yang pertama kali diturunkan, iaitu Sharel Fikri Mohd Fauzi, Norhakim Isa dan Mohd Ridzuan telah memberikan impak positif.
"Benteng terakhir yang diterajui oleh Ritus Krjauklis bergandingan baik dengan Luben Nikolov dan Bryan See untuk menangkis serangan lawan," katanya lagi.
Bagi Abu Bakar, keputusan positif ini meningkatkan sedikit keyakinan pemain selepas mengharungi empat perlawanan liga pada musim ini.
"Ada ruang untuk meningkatkan prestasi dan sentiasa ingat bahawa perlawanan akan datang pasti lebih mencabar," ujarnya.