Aksi lawan Kyrgyzstan, Taiwan mungkin tiada kelibat Faisal Halim

Zaki Zainal
Mei 6, 2024 18:12 MYT
Susulan kenyataan yang dikeluarkan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin tentang keadaan semasa yang dialami oleh Faisal Halim yang cedera di tangan kiri, rusuk dan bahu kesan daripada simbahan asid dari pelaku yang tidak bertanggungjawab.
Oleh kerana situasi ini berlaku, timbul persoalan adakah kelibat pemain sayap dan juga penyerang itu masih ditagih skuad kebangsaan bagi dua lagi baki perlawanan?
Dua baki perlawanan yang akan berlangsung adalah aksi timbal balik bagi pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026 antara Malaysia dan Kyrgyzstan pada 6 Jun dan Taiwan pada 11 Jun nanti.
Menurut Datuk Seri Shahril Mokhtar, Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor yang ditemubual oleh wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi menyatakan bahawa akan ada beberapa lagi siri pembedahan yang akan dilalui oleh Faisal selepas ini.
"Beliau sekarang tengah berehat akan ada satu dua lagi pembedahan yang akan dilakukan ke atas beliau.
Dengan sitausi ini, sedikit sebanyak memberikan gambaran jelas kepada fanatik bola sepak negara bahawa kemungkinan kelibat Faisal tidak akan ada untuk dua aksi berbaki nanti kerana waktu rehat yang panjang diperlukan untuk proses pemulihan.
Semoga cepat sembuh buat Faisal dan kuat semangat untuk teruskan urusan seharian. Sama-sama kita doakan.
;