Skip to main content

Bola Sepak

'Akhyar Rashid, Safawi Rasid pemain kebangsaan tapi...'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

akhyar.jpg
Kekecewaan jelas terpancar di raut wajah jurulatih Terengganu, Badrul Afzan Razali, susulan kekalahan tipis 0-1 pasukannya kepada PDRM yang juga merupakan kekalahan ketujuh Skuad Peteh dalam saingan Liga Super 2024/25.

Lebih mengecewakan, kekalahan ini berpunca daripada jentera serangan yang tumpul selain senario yang berulang ketika tewas kepada Selangor tempoh hari.

Malah, Badrul secara terbuka meluahkan kekecewaannya terhadap bintang utama pasukan yang buntu menoktahkan peluang terhidang dengan jaringan.

"Sudah tentu merisaukan saya, kita lihat Akhyar Rashid, Safawi Rasid pemain kebangsaan tetapi tidak dapat menjaringkan gol. Saya kecewa apatah pemain-pemain yang mencipta peluang tetapi tidak dapat jaringkan gol.






"Saya berasakan malam ini (Sabtu) seperti skrip sama berulang, kita tidak dapat jaringkan gol dan dibolosi. Saya pesan kepada pemain, saya tidak mahu mengulangi kekalahan berdepan Selangor, kita perlu ia terima skrip sama ketika bertemu Selangor sebelum ini.

"Saya harap pemain lupakan aksi ini, perlawanan terakhir kami mahu cipta kemenangan, saya harapkan tiga mata di Gong Badak nanti." katanya kepada wartawan Astro Arena, Karl Nunis.

Advertisement

Must Watch Video