Dua tonggak UiTM FC, Akanni Sunday Wasiu dan Nik Syafiq Syazwan Nik Min, optimis peluang pasukan mereka untuk ke Piala Malaysia semakin terbentang luas biarpun bakal melalui dua perlawanan sukar menentang Terengganu dan PKNP.
Penjaring terbanyak pasukan setakat ini dengan tujuh gol dalam Liga Perdana, Akanni memberi amaran UiTM bukan lagi sebuah pasukan yang boleh diperlekehkan.
Hanya tewas dalam satu daripada lapan perlawanan serta menjadi pasukan yang merekodkan jaringan tertinggi, iaitu 20 gol, menjadi bukti UiTM memiliki kualiti tersendiri.
"Kebanyakan pasukan akan memandang rendah kepada kami tetapi kami sentiasa mampu menewaskan mereka walaupun mereka pasukan-pasukan besar.
"Kami mampu membuat mereka kelihatan buruk dan kami kelihatan hebat. Saya gembira dengan itu kerana ia menggambarkan kualiti pemain kami dan apabila kami bekerja keras dan bernasib baik, kami akan berjaya," katanya.
Sementara itu, Nik Syafiq Syazwan melihat perbezaan yang dibawa jurulatih, Wan Mustaffa Wan Ismail, adalah kunci kekuatan pasukan pada musim ini.
Malah, dia mengucapkan terima kasih kepada Wan Mustaffa yang telah meletakkannya beraksi di bahagian bek kanan -- posisi asalnya sebelum ini.
"Saya sangat selesa dengan permainan saya kerana beraksi di posisi asal saya," katanya.