BOLA SEPAK MSIA
Akademi PKNS asah bakat pemain cilik di Selangor
Akademi bola sepak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) merupakan medan mencungkil bakat buat pemain berumur 6 hingga 18 tahun di sekitar Selangor untuk dibawa ke peringkat lebih tinggi.
Antara nilai tambah program itu adalah daripada segi kelibat jurulatih penjaga gol berpengalaman yang mampu menyuntik aspek ketangkasan dan taktikal berkesan menggagalkan cubaan pasukan lawan.
"Pelbagai lapisan umur akan hadir untuk menjalani latihan pada setiap minggu.
Iklan
"Kami menerapkan pengasingan latihan untuk peringkat umur," kata jurulatih akademi PKNS, Sudir Rahman, kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.
Salah seorang bintang cilik PKNS, Mikel Imran Sharizal berkata: "Kemudahan latihan di sini semuanya baik jadi kami berlatih dengan baik.
"Kami juga melalui perlawanan persahabatan."
Must-Watch Video