Skip to main content

Bola Sepak

Aizulridzwan harap kegagalan lama tidak berulang

aizulridzwan-razali,.jpg
"Saya harap sejarah sama tidak berulang."

Demikian harapan pertahanan MIFA, Aizulridzwan Razali, yang tidak mahu memori pahit bersama Negeri Sembilan musim lalu berulang sambil meluahkan keyakinan pasukan barunya itu mampu memberikan cabaran dalam Liga Super musim ini.


Seperti satu kebetulan, majikan barunya, MIFA, turut dinaikkan pangkat ke Liga Super seperti Negeri Sembilan musim lalu.

Kegagalan bersama skuad Jang sebelum ini masih dirasai pertahanan kiri itu, namun dia menganggap perkara itu sebagai satu pengalaman.

"Kegagalan bersama Negeri Sembilan merupakan motivasi buat saya untuk meningkat ke satu tahap lebih tinggi.

"Bagaimanapun, saya memperoleh pengalaman yang hebat bersama pasukan itu.

"Saya berharap MIFA tidak akan menempa nasib yang sama seperti yang dihadapi Negeri Sembilan musim lalu.

"Semoga pasukan ini dapat kekal dalam Liga Super untuk tahun-tahun mendatang," katanya.

Biarpun tidak pernah berada di bawah kendalian K. Devan sebelum ini, Aizulridzwan cukup mengenali reputasi ketua jurulatih barunya itu yang mempunyai pengalaman luas membimbing pasukan gergasi seperti Selangor dan Negeri Sembilan.

Dia berharap dapat menjadi sebahagian daripada legasi MIFA yang akan mencipta impak dalam penyertaan sulung Liga Super mereka.

"Saya tidak pernah bekerjasama dengannya dan ia merupakan pengalaman baru bagi saya.

"Beliau merupakan jurulatih yang mempunyai reputasi besar.

"Mungkin beliau mempunyai ramuan untuk menjadikan pasukan ini mampu bersaing dengan pasukan-pasukan lain dalam Liga Super," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video