Skip to main content

Bola Sepak

Air mata Aidil Zafuan gugur dalam perlawanan terakhir JDT

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aidil-zafuan.jpg
Tangisan pemain legenda Johor Darul Ta'zim (JDT), Aidil Zafuan Abdul Radzak, dalam perlawanan terakhir Liga Super bertemu Penang di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri, pada Sabtu lalu tampak membayangkan pemain pertahanan tengah berpengalaman itu bakal meninggalkan skuad Harimau Selatan berkenaan.

Aidil menahan sebak sepanjang separuh masa pertama selepas Arif Aiman Hanapi datang memeluknya selepas meraikan gol pembukaan JDT.

Menguatkan lagi situasi itu, Aidil diraikan oleh rakan sepasukannya selepas perlawanan itu dan pertahanan berusia 36 tahun berkenaan turut beremosi ketika ditemubual wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

"Saya amat gembira melihat JDT sudah di tahap seperti ini dan saya rasa bangga menjadi sebahagian daripada keluarga JDT.

"Saya juga berasa bangga dapat membantu JDT dikenali di seluruh dunia," katanya.

Sebagai rekod, Aidil, yang menyertai skuad Harimau Selatan itu pada 2013, muncul pemain tunggal memenangi Liga Super sebanyak sepuluh kali berturut-turut bersama JDT.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video