Skip to main content

Bola Sepak

Aidil Zafuan yakin JDT mampu tampung ketiadaan Mauricio

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aidil-zafuan.jpg
Pertahanan tengah Johor Darul Ta'zim (JDT), Aidil Zafuan Abdul Radzak, sedia mempertaruhkan pengalamannya untuk memastikan benteng akhir skuad Harimau Selatan itu kekal ampuh menjelang ujian getir menentang Penang FC malam esok.

Ia selepas pasukan itu dijangka terus beraksi tanpa pemain import, Mauricio, gara-gara kecederaan, sekali gus menyaksikan kudrat pemain tempatan akan ditagih di bahagian itu dalam misi mendapatkan tiga mata di Stadium Bandaraya.

Pada ketika pasukan juara bertahan itu kembali menemui momentum kemenangan selepas menewaskan Kedah Darul Aman FC 1-0 di tempat lawan Selasa lalu, mereka sebenarnya menghadapi masalah kecederaan melibatkan pemain sayap, Gonzalo Cabrera, dan Mauricio.

Tanpa kelibat Mauricio, JDT kelihatan bergelut di benteng pertahanan kerana hanya mempertaruhkan pemain tempatan.

Bagaimanapun, Aidil yakin dengan kemampuan pemain lain dalam menangani jentera serangan hebat Penang FC, yang diketuai pemain tinggi lampai, Casagrande.

"Di JDT, sesiapa sahaja boleh bermain, Adam (Nor Azlin) boleh bermain, Fadhli Shas boleh bermain, Syamer (Kutty Abba) boleh bermain," katanya seperti yang dipetik Nadi Arena.

"Cuma pemilihan pemain berbeza daripada segi taktikal ketika kami berdepan setiap lawan.

"Apapun, saya percaya rakan-rakan saya boleh memberikan aksi terbaik bagi perlawanan yang akan datang," katanya.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video