Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Aguero terpaksa bersara kerana masalah jantung

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aguero.jpg
Sergio Aguero terpaksa bersara sebagai pemain bola sepak pada usia 33 tahun kerana masalah jantung.

Penyerang Barcelona itu mengumumkan keputusannya untuk bersara dalam satu kenyataan semalam, yang disampaikan dalam satu majlis yang turut dihadiri presiden kelab itu, Joan Laporta, dan barisan pemain pasukan utama mereka.

Aguero, yang membintangi Atletico sebelum menjadi legenda di Manchester City, mengalami kesakitan di dadanya ketika Barca terikat seri dengan Deportivo Alaves pada 30 Oktober lalu, di mana kelab itu mengesahkan bahawa dia mengalami masalah aritmia jantung.

Sergio Barjuan, yang merupakan jurulatih sementara Barca pada ketika itu, berkata Aguero memberitahunya bahawa dia turut mengalami sedikit rasa mual.

Ujian kesihatan selepas itu menyaksikan Aguero terpaksa diketepikan selama tiga bulan bagi menjalani proses diagnostik dan terapeutik

Bagaimanapun, selepas mendapatkan nasihat pakar, pemain kebangsaan Argentina itu diberitahu bahawa risikonya terlalu besar untuk dia meneruskan kariernya sebagai pemain, sekali gus terpaksa mengumumkan persaraannya.
 

Advertisement

Must Watch Video