LIGA INGGERIS
Aguero satu-satunya penyerang bertaraf dunia di England
Thierry Henry menyifatkan bintang Manchester City, Sergio Aguero merupakan satu-satunya penyerang bertaraf dunia dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Aguero telah menjaringkan enam gol setakat ini dan hanya ketinggalan satu gol untuk menyamai rekod Eric Brook sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman City.
Penyerang kebangsaan Argentina itu mengungguli carta sebagai penjaring terbanyak musim ini diikuti oleh pemain Manchester United dan Alvaro Morata [Chelsea].
Iklan
Manakala Harry Kane (empat gol) dan Jamie Vardy (lima) telah memulakan kempen yang baik, legenda Arsenal, Hery menyifatkan Aguero berhak diberikan pujian.
"Satu-satunya penyerang bertaraf dunia, apa yang telah dilakukannya dalam saingan EPL dan untuk kelabnya," kata Henry.
"Dia telah memenangi takhta liga untuk pasukannya dan dia harus diberikan pujian.
Aguero merupakan pemenang EPL dua kali dan telah meledak sekurang-kurangnya 20 gol dalam empat kali sepanjang enam musim di England.
Henry percaya pemain-pemain seperti Lukaku, Kane dan Morata akan mencapai pada tahap Aguero pada masa akan datang.
"Lukaku baru sahaja tiba di Mannchester United dan masih kurang beraksi dalam pentas Liga Juara-Juara (UCL).
"Untuk Kane, gagal menyerlah dalam pentas UCL, Liga Europa dan Euro.
"Morata pula hadir di dalam perlawanan sebagai pemain gantian bersama Real. Dia menikmati masa bermain yang baik di Juve tetapi terpaksa beraksi bersama Fernando Llorente atau Carlos Tevez.
"Mereka akan mencapai tahap yang sama seperti Aguero dan kita harus bergembira kerana mereka beraksi di England."
Must-Watch Video