ETHIOPIA 0 CAPE VERDE 1
Jaringan Julio Tavares dalam babak pertama sudah cukup untuk memastikan Cape Verde memulakan saingan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) dengan langkah kanan selepas menewaskan Ethiopia, yang terpaksa beraksi dengan 10 pemain, awal pagi tadi.
Ini merupakan penampilan kedua Ethiopia sepanjang 20 edisi terakhir kejohanan itu dan mereka terpaksa akur memulakan kempen Kumpulan A dengan langkah kiri.
Ia selepas mereka terpaksa beraksi dengan 10 pemain seawal minit ke-12 apabila pertahanan tengah, Yared Baye, diarahkan keluar padang selepas rujukan video bantuan pengadil VAR.
Baye dilayangkan kad merah gara-gara menjatuhkan Tavares berhampiran kotak penalti selepas kehilangan bola di kawasan pasukannya.
Cape Verde, bagaimanapun, hanya dapat memanfaatkan kelebihan pemain mereka pada penghujung babak pertama, di mana Garry Rodrigues melepaskan voli ke 'far post' susulan lintangan Bamiro Monteiro sebelum Tavares menolak masuk bola ke gawang lawan.
Biarpun menguasai babak kedua dengan beberapa percubaan, Cape Verde tidak dapat melebarkan kelebihan mereka dalam babak kedua tetapi ia bukanlah sesuatu yang perlu digusarkan kerana Ethiopia tidak pernah memberikan ancaman dalam mencari gol penyamaan.

FULL-TIME! ⏰ #TeamEthiopia 0️⃣-1️⃣ #TeamCapeVerde
— #TotalEnergiesAFCON2021 ? (@CAF_Online) January 9, 2022
What a remarkable win for the Blue Sharks. They've just sealed their very first #TotalEnergiesAFCON victory since 2013! ✅#TotalEnergiesAFCON2021 | #AFCON2021 pic.twitter.com/SahEtXDx06