Skip to main content

Bola Sepak

Adisak harap penyokong Terengganu beri masa

adisak_1.jpg
Penggempur baru Terengganu FC, Adisak Kraisorn, enggan peminat meletakkan harapan menggunung kepada dirinya sebagai rekrut berprofil tinggi Skuad Peteh musim ini.

Penyerang kebangsaan Thailand itu menegaskan Liga M tetap menguji kemampuannya walaupun hadir daripada liga utama Thailand yang dikatakan lebih kompetitif.

Adisak antara pemain tumpuan dalam aksi pramusim menentang KL City FC yang berkesudahan seri tanpa jaringan di Stadium KLFA, Cheras semalam.

Ini merupakan perlawanan kedua Adisak bersama Terenggany selepas diturunkan bertemu KL City FC B23 sehari sebelum itu.

"Terengganu telah menawarkan tawaran awal dan mereka memiliki skuad yang baik. Buat masa ini, saya mahu mengenali rakan sepasukan, mempelajari bahasa supaya dapat berkomunikasi dengan lebih baik dan mengetahui saingan Liga Super amat kompetitif," kata Adisak.

Advertisement

Must Watch Video