Pada usia 18 tahun, Lamine Yamal sudah pun mengecapi kejayaan 'treble' domestik bersama Barcelona, malah membantu Sepanyol menjuarai EURO, secara tidak langsung dicanang sebagai dan pendahulu Ballon d'Or 2025.
Kini, dia menambah satu lagi penghargaan yang biasanya dikhaskan untuk pemain yang lebih mantap -- logo tersendiri bersama jenama adidas.
Reka bentuk itu sebagai penghormatan buat Zon 304 Rocafonda. Logo itu menggabungkan huruf inisial 'LY' dengan 304, digit akhir poskod kejiranannya di Mataro (08304), tempat Yamal dibesarkan.
Ia melambangkan keberanian, gaya segi empat yang menggabungkan identiti peribadi dengan budaya jalanan.
Yamal dan adidas melancarkan logo itu menerusi video di Instagram yang memaparkan bintang Barca dan Sepanyol itu melakar reka bentuk tersebut di studio sebelum melancarkannya di atas kapal terbang kertas yang melalui pinggiran bandar Catalan yang bergaya.
Walaupun adidas masih belum mengesahkan perincian but tersebut yang dijangka turut merangkumi peralatan latihan dan pakaian.

Potongan RM900 Menanti! Rebut Cepat!
Deal paling padu minggu ini! Belanja RM1,800 dan nikmati RM900 potongan dengan ShopeePay. Sah hingga 8 Sept, stok baucar terhad. Klik untuk tuntut sekarang!