Ketua jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski, menjelaskan terdapat beberapa halangan yang terpaksa dihadapi oleh dirinya, pasukan dan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, setiap hari.
Malaysia menewaskan Vietnam 4-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi untuk mengungguli carta Kumpulan F, Kelayakan Piala Asia 2027 dengan enam mata daripada dua perlawanan.
Untuk rekod, pelantikan Peter Cklamovski pada Disember tahun lalu menandakan bermulanya revolusi pasukan kebangsaan dalam skuad Harimau Malaya dapat bersaing lebih hebat di pentas antarabangsa.
"Terdapat beberapa perkara dalaman (yang berlaku), ada elemen pengkhianatan, politik dan halangan dalaman yang kita hadapi setiap hari.
"Jika kita tidak menang malam ini (semalam), mereka akan berpaling dan mengejar kita. Mereka akan kejar TMJ, mereka akan kejar saya kerana saya jurulatih yang teruk.
"Mereka akan kejar pemain disebabkan keputusan perlawanan. Tapi sekarang mereka akan jadi kawan baik kita, mereka akan berada di sebelah saya. Itu satu perkara yang bagus kerana kita bersatu sebagai sebuah negara." katanya.

Tangan Ghaib? https://t.co/ccDOkU9ZSn
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) June 10, 2025