Skip to main content

Bola Sepak

Ada rezeki jumpa lagi -- Air mata Fazly Mazlan tumpah di bumi Selangor

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fazly.jpg
'Momen terbaik ketika Selangor menang berdepan kelab Korea Selatan'

Perjalanan Fazly Mazlan bersama Selangor berakhir selepas menjadi pemain terbaru yang akan meninggalkan juara MFL Challenge Cup 2024/26 itu.

Dia turut berkongsikan bahawa momen ketika menewaskan Jeonbuk Hyundai dalam saingan Liga Juara-Juara 2 (ACL2) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya sebagai momen terbaikya musim lalu bersama Selangor.

"Momen terbaik semasa bersama musim ini Selangor berdepan kelab Korea Selatan dan menang di laman sendiri. Saya nak ucapkan terima kasih kepada penyokong Selangor yang ada bersami kami di saat menang dan kalah. Ada rezeki kita berjumpa lagi." katanya.


 


Perkara itu dikongsikan The Red Giants menerusi laman Facebook hari ini: "Mula mengorak langkah bersama #GergasiMerah pada musim 2022, Fazly telah mencatatkan 73 penampilan, menyumbang dua bantuan jaringan serta menjadi sebahagian daripada tunjang utama di bahagian pertahanan kiri untuk tiga musim.

"Aksi konsisten beliau membuatkan Fazly kembali mendapat panggilan Harimau Malaya buat kali pertama selepas empat tahun untuk kejohanan Piala AFF 2022.

"Terima kasih Fazly Mazlan untuk setiap detik perjuangan yang tidak ternilai, nilai persahabatan serta kekeluargaan yang tinggi. Jasamu dikenang ." katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video