Pasukan bimbingan Kim Pan-gon berputih mata selepas tumpas kepada JDT 0-3 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), semalam.
Di sebalik kejayaan memukau di hadapan 34,236 peminat, ada beberapa perkara menarik yang menjadi perhatian umum warga maya.
Kelibat bekas pengendali Selangor, Tan Cheng Hoe, bersama seluruh pasukan JDT termasuk Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ), dalam satu hantaran rasmi JDT menerusi laman X.
Blood makes us related, loyalty makes us family pic.twitter.com/hiXcDv0Qrf
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) November 5, 2024
Dalam masa sama, tumpuan turut terarah kepada Bergson Da Silva yang kelihatan menitiskan air selepas menjaringkan gol ketiga buat skuad kendalian Hector Bidoglio, semalam.
Rata-rata peminat menimbulkan persoalan terhadap maksud tangisan emosi itu yang menjadi tanda tanya.
Titis air mata Bergson tumpah di SSI...
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) November 5, 2024
Apakah maksud disebalik emosi tersebut?#ACLE pic.twitter.com/v9wjideUhU
Satu lagi figura Liga Super Malaysia iaitu jurulatih Kedah Darul Aman, Nafuzi Zain, juga berada di SSI bagi menyaksikan perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).
?♥️? pic.twitter.com/1R9OcibTnf
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) November 5, 2024