ACLE
ACLE: Selepas tujuh bulan keseorangan, ini kebangkitan luar biasa -- wira kemenangan JDT
Pertahanan Johor Darul Ta'zim (JDT), Alvaro Gonzalez, menganggap kejayaannya menjaringan dua gol ketika pasukannya menewaskan Central Coast Mariners 2-1 dalam aksi kedua terakhir peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) sebagai satu kebangkitan yang luar biasa.
Alvaro melakukan penampilan pertamanya bersama Harimau Selatan di New South Wales dan berhasil menjaringkan kedua-dua gol penting pasukan itu.
Meskipun berdepan lawan dengan 10 pemain sepanjang separuh masa kedua selepas penjaga gol tuan rumah, Dylan Peraic-Cullen, dilayangkan kad merah berikutan tindakannya mengasari Arif Aiman Hanapi di luar kotak penalti, JDT masih sukar menembusi benteng pertahanan lawan.
Iklan
Mujur Alvaro berhasil memecahkan kebuntuan itu pada minit ke-64 sebelum menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-79 selepas Alou Kuol menyamakan kedudukan buat Central Coast.
Bagi bekas rakan sepasukan Cristiano Ronaldo di Al-Nassr itu, ia merupakan satu kebangkitan luar biasa buat dirinya memandangkan sudah tujuh bulan dia tidak beraksi secara kompetitif.
"Ia jaringan yang penting buat pasukan ini, kelab ini dan diri saya sendiri kerana saya hanya berusaha di rumah sepanjang tujuh bulan ini kerana saya keseorangan," katanya selepas perlawanan itu.
"Bagi saya ia satu kebangkitan yang luar biasa. Saya menjaringkan dua gol tetapi untuk mendapatkan kemenangan ini, ia sesuatu yang amat penting.
"Saya amat gembira kerana kelab ini memiliki keyakinan yang tinggi buat diri saya dan kemenangan ini untuk keluarga saya dan kelab ini. Kami amat-amat gembira hari ini," katanya.
Must-Watch Video