Skip to main content

Bola Sepak

ACLE: Osmar Loss optimis Buriram mampu gigit JDT di SSI

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jdt-buriram.jpg
Jurulatih Buriram United, Osmar Loss, optimis pasukannya akan melangkah ke pusingan seterusnya dalam kempen Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) serta melakar kemenangan ketika berkunjung ke Stadium Sultan Ibrahim, Selasa depan.

Dia turut memuji aksi bersemangat yang dipamerkan anak buahnya berdepan Johor Darul Ta'zim (JDT), namun beranggapan tuah tidak memihak Thunder Castle apabila aksi tamat dengan keputusan seri tanpa jaringan.

"Hi semua. Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong yang hadir untuk memberikan sokongan, walaupun keadaan ini sangat berbeza daripada kebiasaannya.







"Hari ini (malam tadi) prestasi keseluruhan kami sangat baik, kami mencipta banyak peluang tetapi bernasib malang kerana tidak dapat menjaringkan gol.

"Pihak lawan turut beraksi dengan baik, selepas perlawanan ini saya percaya pemain akan lebih yakin. Akan ke Malaysia untuk perlawanan kedua, saya percaya kami akan melepasi pusingan seterusnya.






"Kami ada satu minggu lagi untuk mempersiapkan pasukan sebelum ke Johor." katanya dalam sidAng media praperlawanan malam tadi.
 

Advertisement

Must Watch Video