ACLE

ACLE: Neil Etheridge penghalang utama JDT ke suku akhir

Stadium Astro
Najmi Iman
03/03/2025
08:46 MYT
Sponsor Banner
ACLE: Neil Etheridge penghalang utama JDT ke suku akhir
Rekod cemerlang bekas penjaga gol Birmingham City, Neil Etheridge, akan menjadi halangan utama penggempur Johor Darul Ta'zim (JDT) yang diketuai oleh penjaring terbanyak Liga Super ketika ini, Bergson Da Silva, menentang Buriram United.
Skuad kendalian Hector Bidoglio mempunyai pelbagai pilihan serangan dengan pemain kebangsaan, Romel Morales, serta Jorge Obrigon turut menjadi sandaran utama.
Kepakaran kaki kiri yang dimiliki Heberty Fernandes dan Juan Muniz juga dianggap senjata berbahaya juara Liga Super 11 kali berturut-turut itu mengharungi pusingan 16 Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) esok.
Namun, apa yang menjadi kebimbangan ialah ketangkasan penjaga gawang Filipina itu yang mengandungi statistik hebat dalam kempen berprestij itu.
Sebanyak 21 penyelamatan direkodkan membuktikan dirinya individu yang akan mendatangkan masalah buat pasukan Harimau Selatan untuk membawa pulang bekalan jaringan selesa.
Untuk rekod, Thunder Castles mencatatkan penguasaan 67 peratus lebih tinggi berbanding JDT di Stadium Sultan Ibrahim, Disember lalu.

SIARAN LANGSUNG & LIVE STREAMING BURIRAM UNITED VS JDT

Saksikan perlawanan menarik ini secara langsung di Astro Arena Bola saluran 802 bermula dengan prarancangan pada jam 9.30 malam.
Tarikh: 4 Mac 2025, Selasa Masa: 9.30 malam Venue: Chang Arena Saluran: Astro Arena CH802
Topic Berkaitan
Must-Watch Video