Skip to main content

Bola Sepak

ACLE: Masih ada 90 minit lagi di Malaysia -- Pemain Buriram United

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

cousicburiram.jpg
Arkitek Buriram United, Goran Causic, mahu mamanfaatkan sepenuhnya baki 90 minit yang akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim berdepan Johor Darul Ta'zim (JDT) menjelang aksi timbal balik pusingan 16,  Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), Selasa depan.

Pemain berusia 32 tahun itu turut menyeru sokongan padu penyokong Thunder Castle untuk hadir ke Malaysia bagi memberikan sokongan buat mereka ketika beraksi di atas padang nanti.






"Seperti kata jurulatih, hari ini (malam tadi) adalah perlawanan yang baik buat kami dan aksi itu sudah berakhir. Masih berbaki 90 minit dalam perlawanan seterusnya di Malaysia nanti.

"Kami berharap dapat melakukan dengan baik dan meraih kemenangan dan mara ke pusingan seterusnya.


 



"Saya berharap penyokong akan mengikuti kami ke Malaysia, kami akan lakukan yang terbaik untuk melakar kemenangan." katanya.

Advertisement

Must Watch Video