Skip to main content

Bola Sepak

ACLE: Kami hidup untuk detik getir seperti ini, kata Bergson

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bergson.jpg
Penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT), Bergson da Silva, mahu rakan sepasukan tampil dengan minda yang lebih segar untuk menghadapi juara liga satu Thailand, Buriram United, malam ini. 

Justeru, Harimau Selatan dituntut supaya melupakan episod duka di China bagi memastikan misi tiga mata dalam perlawanan keenam Kumpulan A Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) itu mampu dilunaskan di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).

Kem JDT diselubungi kekecewaan susulan tewas 0-1 kepada kelab Liga Super China, Shandong Taishan, dalam di tempat lawan minggu lalu.

Kekalahan itu menyebabkan skuad bimbingan Hector Bidoglio itu berada dalam persaingan yang lebih sengit untuk merebut slot ke pusingan 16.

Berbaki tiga perlawanan peringkat kumpulan, barisan pemain jaguh Liga Super itu sememangnya ditagih untuk menjelmakan kebangkitan di hadapan penyokong sendiri.

"Sebaik kaki menjejaki padang, kami tidak boleh lagi memikirkan perlawanan terdahulu. 




"Kami akan berdepan tugas getir, kelab ini memang bersedia untuk menghadapi cabaran. 





"Kami mengadakan sekitar 11 bulan untuk menantikan detik ini. Kami telah buktikannya banyak kali dan akan menjelmakannya," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

JDT dan Buriram ketika ini mengutip tujuh mata daripada lima perlawanan, berkongsi mata dengan Shanghai Shenhua, Shandong Taishan dan Shanghai Port.

Kemenangan penting JDT mengukuhkan posisi dalam saingan peringkat kumpulan seterusnya mendapat semula sentuhan kemenangan selepas dipalit kekalahan.

"Buriram merupakan kelab yang bagus salah sebuah kelab terbaik di Thailand, JDT juga salah sebuah kelab terbaik di Malaysia dan telah membuktikan beberapa tahun kebelakangan ini, apa yang kami boleh lakukan di tempat sendiri dan lawan. 

"Kami akan tunjukkan kemampuan JDT," katanya. 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video