Kapten Buriram United, Theerathon Bunmathan, berkongsikan hasratnya untuk mara ke suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) untuk berdepan kelab yang dibarisi pemain berstatus bintang bola sepak dunia.
Dalam satu wawancara yang dikongsikan kelab itu, dia menjelaskan kemasukan pemain seperti Cristiano Ronaldo dan Malcom merupakan satu perkembangan positif buat sukan bola sepak di Benua Asia.
"Kejohanan ACLE ini lebih besar daripada sebelumnya kerana setiap pemain daripada pasukan besar termasuk di Zon Asia Timur juga.
"Seperti sekarang banyak pemain bintang yang beraksi untuk kelab di Benua Asia. Saya rasa ia membuatkan tahap bola sepak di Asia semakin menarik untuk bermain.
"Jika mara ke pusingan berikutnya kami boleh berdepan dengan pemain seperti Cristiano Ronaldo, Malcom, kami boleh diundi menentang mereka dalam pusingan seterusnya." katanya.
Terdahulu, pemain kebangsaan Thailand itu menerima hukuman berat daripada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) berikutan kekasaran tidak masuk akal dilakukannya ke atas pemain sayap Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi.
Media-media Thailand melaporkan bekas kapten skuad kebangsaan mereka itu menerima denda daripada AFC sebanyak $AS2,000 (RM9,006) selain tambahan penggantungan dua perlawanan (keseluruhan tiga) atas tindakannya yang bertentangan dengan semangat kesukanan.