Skip to main content

Bola Sepak

ACLE: JDT mara bergaya ke pusingan 16

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jdt-menang-besar.jpg
JDT 5 POHANG STEELERS 2

Johor Darul Ta'zim (JDT) mara bergaya ke pusingan 16 Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) apabila menewaskan Pohang Steelers 5-2 dalam aksi terakhir peringkat kumpulan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar puteri sebentar tadi.

Kemenangan itu menyaksikan Harimau Selatan menamatkan Liga Bahagian Timur ACLE di tempat keempat daripada 12 pasukan manakala Pohang pula sah tersingkir daripada saingan.

Pohang terlebih dahulu berada di depan hasil tandukan Lee Ho-jae pada minit ke-27.

Bagaimanapun, pendahuluan itu hanya bertahan selama 10 minit apabila Oscar Arribas bijak menghidu bola muntah susulan tandukan awal Bergson da Silva untuk mengikat kedudukan menjelang ke bilik persalinan

Aksi dalam babak kedua kian rancak dengan siri percubaan direncanakan tuan rumah dan Bergson berhasil meletakkan Harimau Selatan di depan hasil gerakan solo menarik sebelum melepaskan penyudah serong yang tepat ke penjuru kiri bawah gawang Pohang pada minit ke-52.

Arif Aiman Hanapi kemudian memberikan keselesaan buat tuan rumah dengan satu lagi jaringan, juga hasil gerakan solo menarik selepas memanfaatkan kesilapan penjaga gol lawan pada minit ke-56.

Sedikit kesilapan menyaksikan benteng JDT dihukum Kang Hyeon-je pada minit ke-80 tetapi pemain gantian, Jese Rodriguez, memastikan malam gemilang wakil negara itu dengan satu lagi jaringan dalam waktu kecederaan. 

Menjelang ke wisel penamat, JDT kemudian menambah jaringan hasil sepakan penalti yang disudahkan  Jorge Obregon.

 

Advertisement

Must Watch Video