Johor Darul Ta'zim (JDT) terlepas peluang untuk mendahului separuh masa pertama dalam aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) bertemu Shandon Taishan, sebentar tadi.

JDT turun dengan misi meneruskan rentak kemenangan susulan mengatasi Ulsan dalam aksi terdahulu.

Bertandang ke China bertemu Shandong, JDT tidak menampilkan sebarang aksi kekok untuk mendapatkan rentak permainan.

JDT hampir berjaya mendahului separuh masa pertama apabila gerakan cemerlang Arif Aiman Md Hanapi berjaya mencari Obregon namun golnya dibatalkan kerana berada dalam kedudukan ofsaid.

Kedudukan kekal seri tanpa jaringan sehingga tamat 45 minit waktu permainan.