Skip to main content

Bola Sepak

ACLE: Ini statistik lawan JDT di pusingan 16, Buriram United

buriram-united.jpg
Johor Darul Ta'zim (JDT) bakal turun beraksi dalam pusingan 16 Liga Juara-Juara (ACLE) bertemu Buriram United Selasa ini.

JDT menamatkan saingan di tempat ketiga susulan Shandong Taishan menarik diri, mereka yang pada asalnya dijadualkan bertemu Gwangju namun lawan mereka kini bertukar kepada Buriram.

Kali terakhir mereka bertemu menyaksikan perlawanan berkesudahan dengan keputusan seri tanpa jaringan. Pertahanan negara, Dion Cools diangkat sebagai pemain terbaik perlawanan menerusi Sofascore.

Ini antara statistik lawan mereka yang beraksi di pentas ACLE.
 

Buriram merupakan pendahulu aksi Liga Thai 1 selepas 23 perlawanan, sementara lima aksi terakhir mereka dalam saingan ACLE menyaksikan mereka sekadar meraih satu kemenangan, dua seri dan tiga tewas. 

Imej: FACEBOOK BURIRAM UNITED

Advertisement

Must Watch Video