Wakil tunggal negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) hanya selangkah untuk melayakkan diri ke pusingan 16 edisi perdana Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).
Harimau Selatan hanya perlu menang perlawanan terakhir Kumpulan A menentang kelab Korea Selatan, Pohang Steelers, di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri malam ini.
Seandainya berhasil, JDT akan kekal dalam kelompok lima pasukan teratas Liga Bahagian Timur, di mana lapan pasukan terbaik setiap kumpulan akan layak ke pusingan 16.
Bagaimanapun, ia bukanlah satu tugas mudah memandangkan JDT tewas kedua-dua perlawanan menentang pasukan itu pada 2021.
Dalam aksi Kumpulan G, ACL edisi itu, JDT tewas 1-4 kepada Pohang pada 28 Jun 2021 sebelum sekali lagi kalah 0-2 kepada lawan itu pada 1 Julai 2021, di mana kesemua perlawanan peringkat kumpulan ketika itu berlangsung di Stadium Rajamangala, Bangkok.
Kini, JDT jelas sudah berwajah baru untuk menduduki tangga kelima Liga Bahagian Timur ACLE dengan 11 mata daripada tujuh perlawanan manakala Pohang pula berada di tangga kelapan dengan sembilan mata.