Skip to main content

Bola Sepak

ACLE: Buriram diundi jumpa pasukan gergasi Liga Pro Saudi

buriram.jpg
Wakil Asia Tenggara, Buriram United, diundi untuk berdepan pasukan gergasi Liga Pro Saudi, Al-Ahli dalam perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Jeddah hujung bulan depan.

Juara Arab Saudi, Al-Hilal, pula akan bertemu wakil Korea Selatan, Gwangju, manakala pasukan Jepun, Yokohama F. Marinos, akan bertemu pasukan diwakili Cristiano Ronaldo, Al-Nassr.

Sementara itu, satu lagi pasukan Jepun, Kawasaki Frontale, akan berdepan kelab dari Qatar, Al-Sadd, bagi penentuan ke separuh akhir.

Sebagai rekod, Buriram layak ke suku akhir selepas menewaskan wakil negara, Johor Darul Ta'zim (JDT), 1-0 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) minggu lalu.
 

Advertisement

Must Watch Video