Skip to main content

Bola Sepak

ACLE: Ayuh cipta sejarah JDT -- Roque Mesa

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mesa.jpg
Perancang tengah Johor Darul Ta'zim (JDT), Roque Mesa, mengucapkan kata-kata semangat buat pasukannya menjelang perlawanan timbal balik pusingan 16 Liga Juga-Juara Asia Elit (ACLE) berdepan Buriram United, malam ini.

Sebelum ini pemain berusia 35 tahun itu hanya bertahan selama 23 minit ketika melakukan debut pertama berdepan Central Coast Mariners dalam saingan peringkat kumpulan, bulan lalu, dengan pemain itu disahkan mengalami kecederaan anterior cruciate ligament (ACL).






Untuk rekod, bekas pemain Sevilla itu telah menjaringkan 31 gol dan 30 bantuan jaringan sepanjang karier bola sepaknya sehingga kini.

Skuad kendalian Hector Bidoglio akan turun di Stadium Sultan Ibrahim malam ini dengan misi wajib menang untu mara ke pusingan suku akhir.

"Ayuh cipta sejarah pasukan." katanya menerusi laman Instagram.



Anda boleh tonton perlawanan malam ini di Astro Arena saluran 802 dan secara live streaming di Astro GO dan sooka.

Advertisement

Must Watch Video