Skip to main content

Bola Sepak

ACLE: Arif Aiman terima 'barang Itali' robek gawang Buriram United

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

arif-aiman.jpg
Penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, dilihat mendapat tonik tambahan dengan sebuah but baru menjelang perlawanan timbal balik pusingan 16 Liga Juga-Juara Asia Elit (ACLE), malam esok.

Menerusi laman Instagramnya dia dilihat memegang but jenama Nike Tiempo Legend 10 Elite Luxe FG dibuat dari Itali inspirasi daripada kota Montebelluna dalam negara itu.

Pemain berusia 22 tahun itu dijangkakan akan menyarung but baru itu dalam aksi di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) nanti.






Untuk rekod, Pemain Paling Bermilai (MVP) tiga kali berturut-turut itu telah mengumpul lima gol dan dua bantuan jaringan daripada lapan penampilannya di kejohanan paling berprestij di Asia itu.


Advertisement

Must Watch Video