Skip to main content

Bola Sepak

ACL2: Selamat tinggal Selangor

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

orozco.jpg
Impian Selangor untuk beraksi di pusingan 16 Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) tidak kesampaian di sebalik kemenangan 4-0 yang dilakar ke atas Cebu sebentar tadi. 

Stadium Memorial Rizal menyaksikan Selangor terpaksa menelan hakikat yang cukup pahit, apabila kemenangan yang diperoleh tidak mencukupi untuk memastikan mereka memperoleh slot beraksi di peringkat kalah mati.

Mendahului jaringan menerusi Yohandry Orozco sebelum tamat separuh masa pertama menjadi suntikan skuad kendalian Katsuhito Kinoshi untuk meneruskan rentak cemerlang. 

Selangor terus menampilkan permainan yang cukup cemerlang, menghasilkan jaringan demi jaringan dalam separuh masa kedua. 

Bermula menerusi Orozco yang menambah bilangan jaringan peribadi dalam perlawanan ini pada minit ke-48 sebelum Nooa Laine dan Alvin Fortes turut tersenarai selaku penjaring.

Tamat 90 minit perlawanan menyaksikan Selangor melakar kemenangan namun kemenangan Muangthong United ke atas Jeounbuk memadam sebarang harapan Selangor melangkah ke pusingan 16.
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video