SELANGOR 1 MUANGTHONG 2
Muangthong United menangguh hajat Selangor untuk mengesahkan tiket peringkat kalah mati Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2).
Kelab Thailand itu bangkit dengan dua gol dalam separuh masa kedua menerusi Felicio Brown Forbes dan Promaet Arjvirai bagi memadam kelebihan awal tuan rumah yang dijaringkan Quentin Cheng di Stadium MBPJ, sebentar tadi.
Gergasi Merah seharusnya menyalahkan diri sendiri atas kegagalan mencengkam perlawanan berikutan melepaskan deretan peluang pada awal 45 minit.
Malah, Gergasi Merah tanpa berlengah melancarkan asakan sebaik babak kedua bermula dengan Alvin Fortes memiliki kesempatan terbaik untuk melebarkan jurang selain percubaan Ronnie Fernandez terkena tiang.
Kemenangan 2-1 itu membolehkan Muangthong memintas Selangor untuk menguasai kedudukan kedua Kumpulan H dengan dipisahkan satu mata.
Walaupun nasib kemaraan anak buah Katsuhito Kinoshi itu berada di luar kawalan sendiri, namun mereka akan membuat perhitungan dengan wakil Filipina, Dynamic Herb Cebu, berbanding Muangthong yang perlu melepasi halangan peneraju kumpulan yang juga gergasi Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai Motors, yang membelasah Cebu 4-0 sebentar tadi.
Shaiful Shamsudin
Thu Nov 28 2024