Skip to main content

Bola Sepak

ACL2: Magis berterusan, kelab Singapura hanya selangkah ke final bantu Malaysia kekal ranking MA

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lcs.jpg
Wakil Singapura, Lion City Sailors, hanya selangkah ke pentas akhir Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) selepas berjaya menewaskan Sydney 2-0 dalam perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Jalan Besar, semalam.

Selepas magis yang berlaku ketika aksi suku akhir membabitkan kontroversi kelab Jepun, Sanfrecce Hiroshima, sebelum ini, Sailors menggunakan peluang yang terhidang untuk meneruskan kemaraan dengan menampilkan permainan terpuji demi mengiringi harapan penyokong.

Skuad kendalian Aleksandar Rankovic mencipta sensasi tatkala berhasil membawa bekalan selesa menuju aksi timbal balik kedua di tempat lawan minggu depan menerusi jaringan Bart Ramselaar dan Lennart Thy.

 

Ini adalah pencapaian terbaik selain kelab pertama dalam sejarah Singapura bakal menempa nama dalam pentas tertinggi Asia.

Kemenangan itu, sekali gus menggagalkan harapan Australia untuk memintas kedudukan Malaysia dalam Ranking MA Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) yang ketika ini berada di tempat kelima dengan pungutan 40.039 mata.

Sailors perlu bertahan sebaik mungkin dan harus mencipta kejutan untuk mara ke pentas akhir dan menutup ruang kelab Australia memotong kedudukan Malaysia.
 

Advertisement

Must Watch Video