Skip to main content

Bola Sepak

ACL2: 'Lawan Selangor umpama final buat Muangthong United'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tristan.jpg
Pertahanan Muangthonng United, Tristan Do, menjadikan perlawanan menentang Selangor umpama aksi final untuk mara ke pusingan kedua  Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) di Petaling Jaya, malam esok.

Pasukannya turun dengan misi wajib menang untuk memperbaiki kedudukan dalam saingan Kumpulan H dengan kini mereka hanya mengumpul lima mata selepas empat perlawanan untuk berada bawah The Red Giants.

"Berdepan Selangor umpama aksi final buat kami esok jika ingin mara ke pusingan seterusnya. Kami perlu menang esok. 






"Selangor berada pada kedudukan baik berbanding kami, kami perlu turun untuk menang," katanya.

Dalam pada itu, jurulatihnya pula, Uthai Bunmo, menyifatkan skuadnya kini mempunyai keyakinan yang tinggi selepas melakar tiga kemenangan berturut-turut dalam saingan Liga Thailand.

"Ini perlawanan yang penting buat kami esok, pemain dalam keadaan bersedia dengan keyakinan yang tinggi untuk melakar kemenangan esok.

 



"Pemain dalam keadaan bersedia untuk menang esok dengan misi untuk menang. Daripada tiga kemenangan sebelum ini memberikan keyakinan, tetapi perlawanan esok kami hanya mahu bersaing untuk menang." tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video