Pemain tengah Selangor, Nikola Jambor, menjangkakan bakal menerima saingan sengit daripada wakil Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai Motors FC, menjelang perlawanan keempat Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2), di Stadium Piala Dunia Jeonju, esok.
Pemain berusia 29 tahun itu dalam sidang media praperlawanan hari ini menjelaskan kemenangan kelab dari Malaysia menewaskan wakil Korea Selatan umpama satu sejarah memandangkan sudah sekian lama The Red Giants kemarau kemenangan.
"Kami menjangkakan perlawanan yang sukar memandangkan beraksi di depan penyokong dan laman mereka sendiri tetapi kami mahu untuk kekal di di tangga teratas peringkat kumpulan dan akan lakukan segalanya untuk berada di situ.
"Saya rasa sebagai pemain kami tidak mengira keputusan jurulatih dalam pemilihan, kami perlu bertindak profesional untuk lakukan tugasan kami di atas padang. Kami fokus pada perlawanan ini dan seterusnya.
"Sejak hadir minggu lalu, saya tidak tahu mengenai pasukan Malaysia tidak menang sejak sekian lama berdepan kelab Korea Selatan. Jadi ia adalah kemenangan yang bersejarah buat pasukan kami.
"Setiap orang menjangkakan keputusan berbeza, jadi kami membuktikan kepada mereka kami boleh bersaing di peringkat tertinggi dan esok kami akan buktikannya sekali lagi." katanya.

— Selangor FC (@selangorfc) November 5, 2024
"Saya rasa sebagai pemain kami tidak mengira keputusan jurulatih dalam pemilihan, kami perlu bertindak profesional untuk lakukan tugasan kami di atas padang. Kami fokus pada perlawanan ini dan seterusnya.
"Sejak hadir minggu lalu, saya tidak tahu mengenai pasukan Malaysia tidak menang sejak sekian lama berdepan kelab Korea Selatan. Jadi ia adalah kemenangan yang bersejarah buat pasukan kami.
FT | ?? Selangor FC 2️⃣-1️⃣ Jeonbuk Hyundai Motors ??
— #ACLElite | #ACLTwo (@TheAFCCL) October 23, 2024
A monumental victory for Selangor FC as they defeat the two-time Asian champions!#ACLTwo | #SELvJBH pic.twitter.com/gWG6d6ATsl