Penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Syihan Hazmi Mohamed, bertekad memperbaiki prestasi dirinya dalam usaha memastikan kejayaan pasukan itu pada masa akan datang.
Menurut penjaga gol kebangsaan berusia 27 tahun itu, masih banyak perkara yang perlu diatasinya, termasuk tidak mengulangi kesilapan ketika beraksi.
“Bagi Syihan, kalau level (tahap) apa yang keluar kena diperbaiki lagi sebabnya kita tak boleh (buat) mistake walau satu saat pun, dia akan hukum kita.
“Alhamdulillah, tapi yang tu Syihan anggap semua rezeki, Syihan pun tak boleh cakap banyak... benda macam ni juga satu pengajaran buat Syihan, apa yang kurang dan apa yang perlu diperbaiki lagi.
“Insya-Allah, Syihan juga ucap terima kasih kepada TMJ (Tunku Ismail Sultan Ibrahim) yang berikan peluang untuk turun dalam game ni. Terima kasih TMJ,” katanya.
Syihan Hazmi berkata demikian selepas aksi Kumpulan I, Liga Juara-Juara Asia (ACL) berdepan gergasi Liga Jepun (Liga-J), Kawasaki Frontale, yang menyaksikan JDT tewas tipis 0-1.
Jaringan tunggal pemain Kawasaki Frontale, Marcio Barbosa, pada penghujung babak pertama sudah cukup buat skuad Gremio itu membawa pulang tiga mata berharga.
Sementara itu, Ahmad Syihan menyifatkan kesemua pemain Harimau Selatan telah memberikan aksi melebihi 100 peratus dalam perlawanan berkenaan.
-- Sinar Harian