ACL
ACL: JDT pandang ke depan, Selangor mahu lolos peringkat kumpulan
Misi getir menanti JDT apabila perlu bermain dengan format baru dimana perlu menghadapi lapan perlawanan, dengan empat di laman sendiri dan empat lagi di tempat lawan dalam saingan AFC Champions League Elite (ACLE) Zon Timur.
Nama seperti Ulsan HD menjadi tumpuan apabila pengendali barunya, Kim Pan-gon, menjadi individu yang tidak asing lagi dalam kancah bola sepak Malaysia.
"Perlawanan yang sukar buat setiap pasukan, semuanya pasukan yang bagus. Kami berdepan beberapa pasukan sama dari Korea Selatan, kami pernah menewaskan mereka sebelum ini juga. Dan mereka perlu hadir di Stadium Sultan Ibrahim." Kata Ketua pegawai eksekutif Johor Darul Ta'zim (JDT), Alistair Edwards kepada Nadi Arena.
Iklan
Johor Darul Ta'zim akan bertemu dengan 8 kelab dalam saingan Zon Timur AFC Champions League Elite di mana kelab Harimau Selatan itu bakal mengharungi 4 perlawanan 'Home' dan 4 perlawanan 'Away'.Semoga Berjaya Johor Darul Ta'zim!#ACLElite pic.twitter.com/oL0bdTaPWF— Malaysian Football League (@MFL_MY) August 16, 2024
"Kami memandang kehadapan dalam saingan ini kerana seperti yang saya katakan kerana setiap pasukan adalah pasukan yang bagus.
Dalam pada itu, tumpuan juga semestinya tertumpu kepada Selangor apabila mereka akan beraksi di peringkat Asia buat kali pertama selepas kali terakhir pada 2016.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor, Dr Johan Kamal Hamidon, meletakkan sasaran realistik buat pasukan Selangor untuk melepas saingan peringkat kumpulan.
"Sasaran ralistik adalah kita melepas peringkat kumpulan, tetapi kami akan berikan yang terbaik untuk bawa nama Selangor dan Malaysia.
Selangor FC yang diundi dalam Kumpulan H bagi saingan Zon Timur AFC Champions League Two akan bertemu Jeonbuk Hyundai Motors FC (KOR), Muangthong United (THA) dan Dynamic Herb Cebu FC (PHI).Semoga Berjaya Selangor FC!#ACLTwo pic.twitter.com/JSloLdCFIZ— Malaysian Football League (@MFL_MY) August 16, 2024
"Ini cabaran untuk Nidzam Jamil juga untuk tunjukkan kebolehan dia, ini landasan untuk dia belajar perkara baru serta untuk membawa pasukan lebih jauh lagi." Katanya kepada wartawan Astro Arena, Kamal Nizam.
Must-Watch Video