Juara Liga Super Malaysia 10 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT) akan turun bertemu Shanghai Shenhua dalam aksi Liga Juara-Juara Asia Elit, malam ini.

Aksi yang bakal berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri itu pastinya akan menjadi tumpuan para peminat bola sepak di Malaysia memandangkan JDT satu-satunya pasukan dari Malaysia yang beraksi di kancah ACL Elit pada musim ini.

Dalam satu sidang media pra perlawanan ketua jurulatih Shanghai Shenhua, Leonid Slutsky memberitahu bahawa beliau teruja untuk berhadapan dengan JDT untuk perlawanan malam ini.

Manakala bagi JDT, Hector Bidoglio dalam langkah berjaga-jaga bagi menangani ancaman bola di udara yang dihadirkan Shanghai Shenhua.

Dalam masa sama, kapten merangkap pertahanan JDT, Jordi Amat turut senada bahawa mereka tidak meremehkan ancaman Shanghai.

"Kami perlu kental di bahagian pertahanan. Kami perlu tangani pasukan yang gemar kuasai bola, serang dengan teknikal. Kami sudah bersedia berjuang".

Info Siaran Langsung & Live Streaming: ACL Elite JDT vs Shanghai Shenhua

Tarikh: 1 Oktober 2024 (Selasa)
Masa: 8 malam
Saluran: Astro Arena Bola 803, Astro GO, sooka
Venue: Stadium Sultan Ibrahim