Skip to main content

Bola Sepak

ACC Shopee Cup: Selangor kembali ukir senyuman buat peminat

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

shopee.jpg
Selangor berhasil menebus dua kekalahan kepada Bangkok United (Liga Juara-Juara Asia 2 - ACL2) dan Kuching City (Liga Super) sebelum ini, dengan menumpaskan Tampines Rovers di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), sebentar tadi. 

Dengan seri berdepan Buriram United, Gergasi Merah mendapat tiga mata penuh pertama menewaskan wakil Singapura, Tampines Rovers, sekali gus menghuni tempat pertama Kumpulan A Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Shopee Cup.

Skuad kendalian Katsuhito Kinoshi membuka tirai jaringan pada minit ke-18 selepas hantaran bintang Harimau Malaya, Faisal Halim, terkena pertahanan pasukan lawan seterusnya memasuki gawang Tampines Rovers untuk kedudukan 1-0.

 

Pemain import, Zach Clough, pula memberikan gol kedua buat tuan rumah menerusi lorongan Chrigor Moraes untuk Selangor selesa berada 2-0 di depan.

Sebelum tamat separuh masa pertama, pelawat sempat memiliki jaringan melalui sepakan penalti selepas pertahanan, Richmond Ankrah, melakukan kekasaran. 

Memasuki babak kedua, Faisal Halim dan Alvin Fortes menggadakan kelebihan buat naib juara Liga Super musim lalu susulan meletakkan Selangor unggul dengan keputusan 4-2. 

Perlawanan seterusnya buat Selangor dalam kejohanan bertaraf Asia Tenggara (ASEAN) itu adalah pada Disember ini dengan bertemu Dynamic Cebu di Filipina.
 
Selangor Mafla

Warna Merah Kuning Di Dada

Raikan detik gembira peminat dengan mafla Selangor, simbol setia sepanjang musim.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video