Skip to main content

Bola Sepak

ACC Shopee Cup: Kinoshi optimis Selangor sedia 'berjuang' gempur Buriram

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sel.jpg
Ketua jurulatih Selangor, Katsuhito Kinoshi, berasakan pasukannya berada dalam keadaan terbaik menjelang pertemuan Kumpulan A, Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Shopee Cup 2025/26 berdepan Buriram United, di Chang Arena, malam ini.

Jurulatih kelahiran Jepun itu tidak menafikan kekuatan yang dimiliki Buriram dan berasakan ianya satu penghormatan dapat berdepan wakil Thailand yang layak ke suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) musim lalu itu.

"Satu penghormatan buat kami untuk berdepan pasukan yang kuat seperti Buriram yang juga salah satu pasukan terkuat di Asia Tenggara.



 

"Ini pengalaman terbaik kami, mereka ada 16 pemain import dan kami tidak tahu siapa yang akan turun nanti. Kami perlu kekalkan corak permainan kami dan melakukan persediaan terbaik. Kami bersedia untuk berjuang.

"Saya tidak mahu bercakap mengenai aksi lalu berdepan Johor Darul Ta'zim (JDT) kerana kami tidak dapat mengubah masa lalu. Buriram dan JDT dua pasukan terkuat di Asia Tenggara. Saya sangat berbangga dapat bertemu mereka." katanya.

Saksikan perlawanan menarik ini secara langsung di Astro Arena Bola saluran 803 pada Rabu ini bermula jam 8.00 malam.
Football Shoes

Kuasa & Kelajuan Di Kaki Anda

Dengan kasut bola Adidas, setiap sentuhan lebih tepat dan setiap larian lebih pantas. Direka untuk pemain yang mahu dominasi padang.


Order Sekarang

Advertisement

Must Watch Video