Skip to main content

Bola Sepak

ACC Shopee Cup: JDT pasukan yang hebat tapi...  -- jurulatih Bangkok United

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bangkok-united-coach.jpg
Ketua jurulatih Bangkok United, Totchtawam Sripan, mengakui Johor Darul Ta'zim (JDT) antara pasukan terbaik Asia menjelang perlawanan ACC Shopee Cup di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri petang esok.

Bagaimanapun, pengendali itu berkata pasukannya sudah terbiasa berdepan kelab besar seperti JDT dan ada cara untuk menangani mereka.

Totchtawam turut berkata Bangkok United perlu mengekalkan perwatakan pasukan itu walaupun sedar JDT akan menekan mereka untuk bermain dengan cara berbeza.

"Ini merupakan kali pertama kami datang ke sini untuk berdepan Johor. Secara peribadi saya rasakan JDT merupakan antara kelab terbaik di Asia, bukan hanya ASEAN," katanya dalam sidang media.

"Berdepan pasukan berkualiti tinggi seperti ini, berdasarkan dua tahun sebelum ini, di mana kami berdepan pasukan terbaik dalam Liga Juara-Juara Asia (ACL), kami tahu bagaimana cara untuk menangani mereka.

"Sudah pasti setiap pasukan memiliki identiti dan perwatakan tersendiri. Kami sentiasa mahu bermain dengan perwatakan utama kami dan kami akan mencuba untuk kekal dengan perancangan kami.

"Tetapi dengan kualiti yang dimiliki pemain JDT, mereka mungkin akan memaksa kami untuk bermain dengan cara berbeza.

"Apapun, kami akan mencuba untuk kekal dengan perwatakan kami," katanya.

 

Advertisement

Must Watch Video