Skip to main content

Bola Sepak

Abu Bakar: PKNP perlu lupakan kekalahan kepada Pahang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

2817pknp.jpg
PKNP mahu segera melupakan kekalahan 6-0 dalam saingan Piala Malaysia di tangan Pahang dengan mengalihkan tumpuan kepada perebutan tiket ke Liga Super.

Meskipun tewas, namun kekalahan 4-1 Negeri Sembilan kepada T-Team memastikan PKNP sah ke suku akhir sebagai juara Kumpulan A.

Ini bermakna PKNP boleh memberikan tumpuan kepada saingan Liga Perdana yang bermula dengan pertemuan menentang pendahulu, Kuala Lumpur, Jumaat ini.

Hakikat ini, bagaimanapun, tidak menghalang ketua jurulatih PKNP, Abu Bakar Fadzim, melahirkan rasa terkilan dengan kekalahan yang mampu mencalar moral anak buahnya.

"PKNP perlu memperbaiki kesilapan kami bagi menghadapi aksi seterusnya berdepan Kuala Lumpur," katanya.

Jurulatih itu juga akur perlu mengelak daripada melakukan kesilapan dalam mencongak kesebelasan bagi perlawanan-perlawanan akan datang dalam aksi Liga Perdana dan Piala Malaysia.

Rombakan besar-besaran bagi pertemuan menentang Pahang, termasuk menukar penjaga gol ketika perlawanan, adalah antara faktor mengapa mereka tewas.

"Pemain-pemain yang telah diberikan peluang, tertekan menghadapi aksi di Kuantan. Kami perlu mengetepikan keputusan perlawanan untuk memberikan tumpuan kepada aksi berikutnya."

Advertisement

Must Watch Video