Skip to main content

Bola Sepak

Abu Bakar lega pemain atasi tekanan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

abu-bakar-fadzim_4.jpg
Ketua jurulatih Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC, Abu Bakar Fadzim, menganggap barisan pemainnya lulus ujian apabila dapat menyerap segala ancaman barisan serangan Kelantan dalam aksi persahabatan di Stadium Sultan Muhammad IV, kelmarin.

Baginya, keputusan seri tanpa jaringan di gelanggang lawan menjadi motivasi terbaik kepada skuadnya yang masih dalam proses pembentukan.

“Tahniah kepada semua pemain yang nampak begitu semangat beraksi di hadapan penyokong tuan rumah. Kita tahu Kelantan sebuah pasukan yang kuat dan mereka sudah lengkap sepenuhnya berbanding PKNP yang masih dalam 70 peratus persiapan.  

“Apa yang saya lihat, pemain saya cukup  bersemangat dan berjaya menghalang segala ancaman Kelantan yang diketuai penyerang import baru. Selain itu, kami juga berjaya mengatasi tekanan yang diberikan penyokong setia mereka,” katanya.

Ditanya mengenai aksi penyerang import  kelahiran Jepun, Masahito Noto, Abu Bakar jelas tidak berminat untuk mengikatnya.

“Selain faktor fizikal, dia belum menepati ciri penyerang yang kami mahukan. Mungkin saya akan melihat kepada keupayaan penyerang kelahiran Korea Selatan, Yeon Gil Sung, yang mengalami sedikit kecederaan tetapi mungkin boleh beraksi menentang Kedah nanti,” tambahnya.

Untuk rekod, PKNP FC akan mengadakan dua lagi perlawanan persahabatan menentang Kedah dan MISC-MIFA selepas ini bagi mengukuhkan kombinasi pemain menjelang musim baru Liga Super bermula awal bulan depan.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video