Skip to main content

Bola Sepak

Abu Bakar janji kebangkitan PKNP

pknppahang1.jpg
Pengendali PKNP FC, Abu Bakar Fadzim, berpendapat kekalahan 2-1 kepada Pahang dalam aksi Liga Super semalam adalah sesuatu yang positif dan menjadi induksi terbaik, terutama kepada barisan pemain muda yang diturunkan.

Bagi pengendali itu, situasi kem PKNP semalam menyukarkannya membuat pilihan kerana beberapa faktor.

"Malam ini, saya terpaksa merombak dengan memasukkan pemain muda yang pertama kali diturunkan kerana tiga pemain utama tidak dapat beraksi. Memang kami rugi hilang mata, tambahan pula jaringan Pahang berpunca daripada kelekaan di minit akhir permainan. 

"Sepatutnya penyerang import baru dari Chad, Karl Max Dany, diturunkan tetapi berita terbaru mungkin dia tidak dapat beraksi di sini pada musim ini kerana kecederaan yang dialaminya dalam sesi latihan sehari sebelum perlawanan.

"Kami akan mencari pengganti secepat mungkin," ujar Abu Bakar.

Keputusan semalam menyaksikan PKNP turun satu anak tangga dan kini berada di 
kedudukan kelapan Liga Super.

Advertisement

Must Watch Video