Penyerang berprolifik Selangor, Faisal Halim, tidak dapat menahan perasaan teruja dan sebak selepas kembali menjaringkan gol dan meledak hatrik untuk membantu pasukannya bergelar naib juara Liga Super 2024/25.
Pemain berusia 27 tahun itu turut menghadiahkan tiga gol yang dilakarnya malam tadi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) buat anak tercintanya.
Menerusi laman Instagram, dia berkongsikan: "Alhamdulilah ni rezeki abang, abang selalu tanya daddy, daddy bila nak main, daddy tak tahu nak jawab macam mana dekat abang. Ini untuk abang." katanya.
Faisal bergelut selepas menjadi mangsa simbahan asid pada Mei lalu dengan dia bangkit sekali gus menjadi watak penting dalam memacu kemenangan The Red Giants menewaskan Kelantan Darul Naim 7-0.
Dalam pada itu, tiga gol itu turut dia dedikasikan buat semua penyokong Selangor yang tidak pernah berhenti menyokong jatuh bangun dalam karier bola sepak pemain kebangsaaan itu.
"Assalamualaikum, terima kasih kepada semua penyokong, rakyat Selangor. Tiga gol ini untuk anda semua rakyat Selangor.
"Terima kasih rakan-rakan, pengurusan dan semua penyokong-penyokong Selangor." tambahnya.

? HIGHLIGHTS: Kelantan Darul Naim FC 0-7 @selangorfc
— Malaysian Football League (@MFL_MY) March 8, 2025
Selangor FC raih kemenangan ke atas Kelantan Darul Naim FC, 7-0 di Stadium MBPJ#LigaSuper2024-25 #DemiLigaKita #LigaMalaysia