LIGA SUPER MSIA
9 pemain serta Hector Bidoglio bakal ucap selamat tinggal kepada JDT?
Sembilan pemain import berserta jurulatih, Hector Bidoglio, difahamkan tidak Akan bersama skuad Johor Darul Ta'zim (JDT) bagi musim 2025/2026.
Rombakan besar-besaran bakal dilakukan oleh pemilik kelab, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismailn, bagi memperkuatkan pasukan menghadapi saingan Liga Malaysia dan memberikan tumpuan dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).
Iklan
Setakat artikel ini ditulis, masih tiada pengumuman rasmi daripada kelab mengenai perkhabaran ini.
JDT menamatkan saingan musim 2024-25 dengan tiga kejuaraan Liga Malaysia, memenangi Piala FA, Liga Super buat kali ke-11 berturut-turut sebelum menoktahkan treble dengan kejuaraan Piala Malaysia.
Mereka juga menamatkan saingan Liga Super tanpa sebarang kekalahan.
Must-Watch Video