PIALA DUNIA
5 daripada 48 negara sudah sah ke Piala Dunia 2026!
Jepun, Kanada, Mexico, Amerika Syarikat dan New Zealand sudah sahkan slot ke Piala Dunia 2026.
Jepun mengesahkan kemaraan apabila meraih 19 mata dalam Kumpulan C meninggalkan Australia dan Saudi Arabia jauh di belakang.
Dalam pada itu, New Zealand melayakkan diri ke Piala Dunia setelah 16 tahun selepas menewaskan New Caledonia 3-0 semalam dan memanfaatkan keputusan FIFA, yang menawarkan konfederasi Oceania slot dalam kejohanan edisi 2026 itu.
Iklan
Piala dunia yang diadakan 4 tahun sekali itu tampil lebih hangat apabila buat pertama kalinya 48 negara akan bertanding pada 11 Jun sehingga 19 Julai 2026, di mana Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada akan bertindak selaku tuan rumah Piala Dunia 2026.
Undian kumpulan Piala Dunia dijadualkan berlangsung pada Disember tahun ini dan negara manakah yang akan mengisi baki 43 slot berkenaan?
Must-Watch Video