EPL
10 perlawanan terakhir ibarat final buat Manchester City
FOREST 1 MAN CITY 0
Pep Guardiola berkata Manchester City mempunyai baki "10 perlawanan akhir" dalam usaha mereka untuk menamatkan saingan dalam kelompok empat teratas selepas tewas di Nottingham Forest, malam tadi.
Guardiola menyaksikan Callum Hudson-Odoi menjaringkan gol tunggal -- tujuh minit sebelum tamat permainan untuk memastikan barisan Nuno Espirito Santo itu empat mata menjarakkan diri dengan City untuk menguasai tangga ketiga.
Iklan
The Citizens kini kecundang buat kali sembilan dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini untuk menyamai rekod kekalahan paling banyak dalam semusim di bawah pimpinan Guardiola pada 2019-20.
Mereka juga gagal merobek gawang lawan buat kali keempat dalam liga, hanya pada 2016-17 mereka merakamkannya sebanyak lima kali di bawah kendalian pengurus Sepanyol itu.
City bakal tersingkir dalam kelompok empat teratas sekiranya Chelsea menewaskan Leicester City awal pagi esok, sementara Newcastle United dan Bournemouth juga berada dalam jarak penyerang.
— Manchester City (@ManCity) March 8, 2025
Anak buah Guardiola itu bakal berdepan Manchester United, Aston Villa, Bournemouth serta Brighton dalam 10 perlawanan terakhir mereka musim ini, justeru pengurus City itu mengakui betapa pentingnya untuk memperagakan permainan sempurna.
“Kami mempunyai 10 perlawanan untuk layak, kami perlu memenangi perlawanan untuk layak dan kami meneruskannya ke perlawanan seterusnya,” katanya.
"Kami sedar bakal menghadapi perlawanan sukar.
"EPL bertambah baik saban musim.
"Kami mempunyai 10 perlawanan akhir dan kami akan mulakannya dalam perlawanan seterusnya."
Must-Watch Video